Thursday, August 14, 2008

kehilangan orang tersayang

DARI Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali. Setiap yang bernyawa itu pastikan mati,

Bila sampai saat yang dijanjikan, tidak akan dilewat atau dicepat walau sesaat pun. Demikian janji Tuhan.

tanggal 13hb 03 2008 aku telah kehilangan seseorang yang disayangi.Kira-kira jam 7 ptg hari khamis abah telah menghembuskan nafas terakhirnya dalam perjalanan ke hospital dan pergi meninggalkan mak dan keluarga tercinta untuk selama-lamanya.....

perasaan aku tak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila dapat berita pemergiannya yang pada ketika itu aku berada di ipoh..aku hanya mendapat panggilan telefon dari adik aku...yaAllah,hanya Allah sahaja tahu perasaan aku masa tu...aku hanya mampu menangis dengan sekuat hati tanpa menghiraukan sesape pon...
kenapa...kenapa beliau pergi tanpa aku disisinya...akhirnya perkara yang paling aku takut telah berlaku...
pulang sahaja ke rumah aku memeluk mak yang bersama jenazah abah..melihat jenazahnya yang terbaring...airmata membasahi pipiku melihat arwah abah... mengapa beliau pergi tanpa aku dapat berjumpe untuk kali terakhir dan memohon maaf dengannya..sedih dan hiba....
aku hanya berpeluang untuk menciumnya kali terakhir setelah jenazah dikafankan.Abah kelihatan begitu tenang. Batinku meronta-ronta ingin beliau bangkit semula. Sedangkan beliau hanya berbaring tanpa membuat apa-apa. Terbaring dengan mata yang tertutup rapi dan di bibirnya seperti terukir sebuah senyuman untuk aku..sehingga kini aku masih tidak percaya beliau telah pergi untuk selama-lamanya..Abah...kite minta maaf....kite sayang abah sgt2....
sekarang aku hanya berdoa supaya roh beliau dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama-sama orang yang bertaqwa dan soleh..Amin...AL-FATIHAH...

2 comments:

afif said...

supaya roh beliau dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama-sama orang yang bertaqwa dan soleh..Amin..

Anonymous said...

tingat lek..sedey jer tgk k0 time neh..
_c0p0t_